Pelaburan Emas Anda Yang Pertama

Berminat dengan pelaburan emas?

Sila SMS ke no. 016-2951473 berserta keterangan di bawah
1. Nama Penuh
2. Kad Pengenalan
3. No. Telefon Bimbit
4. Lokasi Anda.
5. Email.

Saya akan menghubungi anda untuk keterangan lanjut.

Saturday, December 10, 2011

Passive income everyone?

Kenaikan harga barang di pasaran memang banyak memberi kesan kepada kehidupan kita di Malaysia. Yang berniaga akan merasakan keperitan berniaga, yang membeli juga akan merasakan keperitan yang sama. Susu Enfagrow contohnya, dengan berat 1.8kg, harganya didalam lingkungan rm68.00 (2001-2002), tapi sekarang hampir mencecah RM100.00! Bagi saya yang berniaga kek lapis juga tak terkecuali dengan tempias kenaikan harga barang. Tahun 2010, pure butter jenama anchor boleh dibeli pada harga rm4.99 seketul/250gram. Sekarang RM6.30 seketul..(ini paling murah yang saya dapat beli..)..hmm kenapa ya. Bila saya tanya kepada penjual, mereka hanya menggeleng..dan ada juga yang menjawap..kemarau di Australia, banjir di New Zealand..lembu banyak mati lor.

Hmm..memang tiada kesudahankan.

Dengan keadaan yang sebegini saya pasti ramai yang membuat kerja untuk menambahkan pendapatan isi rumahkan.  Ini juga dikenali sebab Passive Income.

Apa itu passive income? Pendapatan pasif ialah pendapatan yang kita perolehi dari aktiviti yang bukan rutin. Contohnya Pendapatan aktif saya ialah Homemade Bakery, saya membuat kek & pastri sepenuh masa dari rumah:D..Pendapatan pasif saya pula ialah dari Pelaburan Emas, yang mana saya akan lakukan secara sambilan bila berjumpa dengan sahabat baking. Saya pasti ramai yang mempunyai pendapatan pasifkan. 

Ada yang memerlukan tenaga kita yang banyak dan ada juga yang memerlukan pemikiran yang lebih detail. Disini saya akan menerangkan kenapa saya memilih Pelaburan Emas sebagai pendapatan pasif saya. Ia juga bermula kerana kepentingan bisness yang saya jalankan. Modal merupakan masalah utama bila tiba musim perayaan. Sebagai peniaga yang tidak menggunakan pinjaman dari bank2, saya terpaksa mengeluarkan modal sendiri dan adakalanya terpaksa meminjam duit dari suami:)- my official banker..hehe Saya bertuah kerana menemui kakak angkat saya Puan Raihan yang membuat biskut-biskut raya. Beliau memperkenalkan saya tentang gold investment. Saya diexposekan dengan pelaburan melalui sistem Ar-Rahnu terlebih dahulu. Kemudian, pencarian ilmu pelaburan saya tidak setakat itu sahaja. Pelbagai bahan bacaan berbentuk ebook saya beli dari para pelabur emas yang terkemuka di Malaysia..antaranya dari Jutawanemas.com, Pajakemas.com, Pokli.com dan juga Pelaburjutawan.com.

Akhirnya saya memilih untuk menjadi Dealer Public Gold. Syarikat memasarkan produk emas dan juga pengilang emas. Harga yang ditawarkan adalah mengikut harga emas semasa dunia. Maksudnya saya bisa membeli emas pada harga yang lebih rendah di pasaran emas malaysia..menarikkan. Oh..nak tau kenapa saya memilih pelaburan ini. Yang pertama di dalam Hukum Islam iaitu mengeluarkan Zakat dan Emas & Perak adalah logam yang wajib dikeluarkan zakat sekiranya haulnya mencukupi. Masa Ustaz mengajar saya tentang hal ini, saya tertanya, sapelah yang suka sangat simpan emas sampai kena zakat ni..hmm..dan sekarang barulah saya mengerti nilainya logam ini. Tengok kat bawah eh:D

Ini ialah jadual prestasi Amanah Saham Bumiputera dari tahun 1990 hingga 2010..setiap tahun pulangannya ialah antara 10% hingga 15% kan..


hmm..jom kita tengok pelaburan emas pulak bagi tahun 2011

 Peratus kenaikan harga emas dalam masa 2 tahun


Peratus kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun..


Interestingkan? Mahal sangat ye emas ni..memangla mahal..nak tunggu emas turun?..boleh, tapi tak dapatlah dia turun ke harga RM47/segram kan?..hehehe...Jadi apa yang saya buat sekarang ialah membeli emas dinar public gold 1 dinar sebulan..:D..kerjasama dengan suamilah!

Okay, next round saya akan menulis Jenis-Jenis Pelaburan Emas di Malaysia ya.